CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Ahad, 30 Januari 2011

Dajjal VS al-Mahdi
Dari sudut bahasa, Dajjal ertinya pendusta agama atau penipu agama yang kerjanya menyesatkan manusia diatas jalan akidah agama dengan berbagai watak menurut masyarakat semasa dan setempat.

Menurut huraian Ulama' Rahimahumullah, Dajjal kecil telah lama muncul sejak dari lahirnya Nabi Muhammad SAW, bahkan telah wujud zahir pada zaman nabi-nabi dan rasul terdahulu (istilah lain dari bahasa Arab) dengan kehebatan tersendiri dari perkara-perkara aneh hingga mistik? dan telah berjaya menyebabkan huru-hara serta kerosakan dalam masyarakat.

Nabi Muhammad SAW adalah Nabi besar akhir zaman (Dajjal besar juga muncul pada akhir zaman), sesuai dengan Rasullullah SAW sebagai penghulu segala nabi. Ini bererti akhir zaman telah berusia 1431 tahun Hijrah + 52 tahun umur nabi ketika berlaku hijrah Mekah ke Madinah.

Allah Azza Wajalla telah berfirman di dalam Al-Quran akan keadaan kiamat dengan menyebut lebih dari 30 istilah kiamat yang antaranya ialah keadaan huru-hara. Kejadiannya pula seperti gunung-ganang berterbangan bagai debu, air laut berkocak menjulang tinggi menghempas daratan, langit seperti digulung, keluar asap hitam dari perut bumi, kubur-kubur terbongkar dan lain-lain lagi. Keadaan bencana alam yang berlaku seperti itu sekarang ini, telah pun ada pernah berlaku banyak kali sejak beribu tahun. Yang ini dinamakan kiamat kecil? Atau besar? Kiamat lebih besar pula akan terjadi dengan datang zahir nyata Dajjal besar. Para Ulama' Rahimahumullah As-Sunnah waljamaah bersepakat tidak menyenaraikan ketibaan Dajjal besar sebagai satu daripada tanda kiamat akhirat melainkan orang Syiah sahaja? Kiamat akhirat pasti terjadi sekonyong-konyong pada ketikanya dengan perintah Allah sedang tiada diberitahu kepada sesiapa melainkan sedikit . . . .
Siapakah Dajjal kecil dan siapa pula Dajjal besar.

VS

Dari sudut bahasa al-Mahdi (Imam Mahdi) ertinya orang yang mendapat petunjuk di jalan yang benar lagi lurus serta membawa kebenaran – pembimbing yang dibimbing – ada Quran didadanya berisi Furqan (meleraikan yang Haq dan yang Bathil) sedang tersembunyi didadanya ada Qurqan (isi rahsia – Sir – rahsia hati). Nabi-nabi dan rasul terdahulu juga digelar yang sama dengan istilah lain dari bahasa Arab, membawa Dzabur, Taurat, Injil dan ada juga Suhuf.
Semua makhluk mendapat petunjuk dari Allah jua.
Adalah kita manusia maka bicara ini tentang manusia jua.
1. Petunjuk tabi’in – semulajadi.
2. Petunjuk pancaindera – tahu.
3. Petunjuk aqli – akal fikiran.
4. Petunjuk ilmi – belajar berilmu.
5. Petunjuk lurus lagi benar – Sir – rahsia – Sirathal Mustaqim.

Maka pada akhir zaman orang yang mula digelar al-Mahdi ialah Nabi Muhammad SAW sendirinya. Sehinggalah baginda wafat kemudiaanya diwariskan oleh para sahabat di zaman khalifah dan terus bersambung warisnya sepanjang zaman oleh para sahabat yang juga digelar Pewaris Nabi.

Patah tumbuh hilang berganti.

Watak baginda Nabi SAW adalah bersesuaian dengan masyarakat semasa setempat yang kemudiannya disebut sebagai sunnah – diterima seluruh dunia Islam. Maka sunnah yang bererti perbuatan (amal/af’al) terdapat dua bahagian.
Sunnah umum seperti makanan, pakaian, tempat tinggal, keluarga, masyarakat, budaya dan sebagainya bersesuaian dengan masyarakat Arab ketika itu – yang kemudiannya dibaik pulih dengan akhlak Nabi lalu dinamakan cara hidup Islam.
Sunnah khusus pula adalah teknik dan taktik melaksanakan Rukun Islam yang 5 berteras 6 Rukun Iman seperti mana telah disyariatkan Allah dan dilaksanakan, ditunjuk ajar, digaris panduan oleh baginda Nabi sebagai syariat Islam yang diwarisi para sahabat.
Siapakah Pewaris Nabi – Imam al-Mahdi.

Setiap makhluk adalah berpasangan seperti lelaki/perempuan, siang/malam, hidup/mati, kahwin/cerai, kaya/miskin, Sir/Sihir, jin(iblis)/ma’laikat, Haq/Bathil dan bermacam lagi. Hanya satu yang tidak berpasangan, tiada bandingan ialah Allah – Tuhan Rabbul Jalil Fil ‘a lamin yang Esa. Satu ertinya kaya sahaja tidak ada miskin/kekurangan, kuat sahaja tiada lemah, hidup sahaja tiada mati, kasih sayang sahaja tiada zalim, betul (Haq) sahaja tiada salah (Bathil) dan lain-lain lagi berjumlah 99 yang disebut dalam Asma’ul Husna wa Sifat. Maha suci Allah dari sebarang anasir – ma’rifat Allah (mengenal) dengan zatNya sendiri jua.

* Dajjal kecil atau besar sama sahaja sifatnya – itulah tipu daya jelmaan iblis yang dizahirkan maanusia Islam. Diantara perangai buruknya seperti rakus, sombong meninggi diri, menggunakan agama untuk mencapai cita-citanya. Dia ada dimana-mana – persatuan masyarakat Islam, pertubuhan, perniagaan, politik, pihak berkuasa undang-undang dan dimana sahaja ada orang Islam. Harta, Tahkta, Wanita menjadi matlamat kemewahan, keindahan dunia untuk memikat hati manusia Islam supaya mempercayainya. Dajjal mencari kemuliaan atas jalan agama dengan menjual ayat Allah apabila berdakwah dan menfatwakan niat yang baik menghalalkan cara? Dajjal mengubah maksud Al-Quran mengikut kepentingan dirinya dan membuat tipu daya keatas orang Islam yang mengangkatnya sebagai pemimpin. Mengadu domba supaya bergaduh berselisih sesama maanusia kononnya diatas jalan agama. Mengisytiharkan perang syahid diatas jalan keganasan dengan membunuh menumpahkan darah. Menjual syurga Allah dan bermacam kredit bagi orang yang berjuang?

1. Dajjal kecil sewaktu tiada pengikut dan menjadi Dajjal besar apabila ramai yang menyokongnya dan menjadi pengikut.
2. Contohnya – seorang yang bertanding pilihanraya tidak akan menjadi orang besar seandainya tidak mendapat undi besar . . . .?
3. Sebahagian maanusia Islam menjadi pengikut Dajjal tanpa ilmu pengetahuan agama kerana jahil, sebahagiannya munafik, yang lain pula fasik, tidak kurang juga yang syirik. Ada juga menjadi part-time Dajjal . . .? (kecil) atau full-time Dajjal . . .? (besar).
4. Seandainya Dajjal hadir dengan wajah hodoh bermata satu lagi mengerikan pandangan mata tentulah maanusia akan lari darinya!!

* Pewaris Nabi (al-Mahdi) menggunakan harta, takhta, wanita hanya sebagai alat keperluan hidup didunia. Orang ini mendapat keperluannya mengikut garis panduan syariat Islam dan bersederhana. Kemudian menggunakan rezeki halal itu untuk berdakwah bermacam cara tanpa meminta upah seperti mana yang dilakukan oleh Nabi Muhammad SAW serta diwarisi para sahabat.

1. Perang (Jihad) yang diisytiharkan bermaksud memerangi hawa nafsu keinginan, membunuh idealogi kefahaman jahiliyah, tahyul dan kurafat serta bida’ah dengan cara bijaksana. Perang membunuh menumpahkan darah hanya berlaku dengan perintah Allah jua. Sentiasa rindukan kasih sayang, cintakan keamanan sejagat bermula dari dalam diri sendiri setiap maanusia umumnya dan khasnya orang Islam.
2. Dikalangan para nabi dan rasul terdahulu juga telah ada yang dibunuh oleh kaum/bangsa mereka sendiri. Sifat baginda Nabi adalah siddiq (benar), amanah (jujur), tabligh (sampai), fathanah (bijaksana).
3. Sifat sahabat pula adalah siddiqin (yang membenarkan), solihin (yang berakhlak baik), syuhada’ (yang berjuang). Penampilan ini digunakan oleh Dajjal sedangkan Pewaris Nabi sendiri tidak menonjolkannya.
4. Berbahagialah maanusia Islam yang menjadi pengikut pemimipin ini dengan kurnia rahmat, ni’mat Allah jua.
5. Tentu tidak ada sesiapa yang berani mengaku dirinya Dajjal – maka sudah tentu Pewaris Nabi juga tidak melakukannya. Jika ada yang membuat pengakuan sebagai Pewaris Nabi bermakna dia menempah neraka . . . . Itulah Dajjal (iblis) yang mengaku sebagai pengganti.

Telah lahir Ulama' yang jahat
Telah lahir ahli ibadat yang jahil
Jangan jadikan ibadat sebagai alat
Murnikan hatimu dalam beribadat sebagai kebajikan (sadaqah) bagi diri sendiri keluarga, kaum kerabat, jiran tetangga, masyarakat, bangsa dan Negara seterusnya seluruh dunia.


Wasiat
Anak Angkat Ustaz Hanafi

suatu catatan yang membuka minda semua orang untuk diperhatikan..[dipetik dari cekak pendusta:rijalulghaib.blogspot.com]

Sabtu, 24 Julai 2010

BERFIKIR DENGAN AKAL YANG WARAS DAN MERDEKA

hasil nukilan pak anjang:

Allah Huakahbar , Allah Huakhbar , Allah Huakhbar Walillah Ilham ...
Awal Bismillah budi bicara ,
Bukanlah mudah utk berkalam ,
Runduk sujudlah zahir dan batin ,
Moga sejahtera terhalang haloba .

Tuai padi antara masak ,
jangan sampai layu layuan ,
intai kami antara nampak ,
jangan sampai rindu rinduan.

Badai berlalu burong terbang ,
terbang senja pulang ke sarang ,
Tuan umpama payong terkembang ,
tempat berlindong tekala rembang.

Hidup abadi cahaya nan suci,
menyusup ke jantong hati nurani,
sejahtera raga jiwa terperi,
tegak Arash menjunjong cahaya,
terkandong benih rahmat menyelubongi.

Duhai nyawa duhailah badan,
lenyaplah nyawa binasalah badan,
menebas belukar merintis jalan,
membasuh lumpur menyuloh intan.

Tidak sunggoh seluang melaut,
reda badai ke tepian mengikut,
tidaklah sunngoh bagai disahut,
reda sengketa budi bersahut,
singkir nista amarah bersalut,
kasih dan sayang akhir bertaut.

Sedangkan bah kapal tak lalu,
inikan pula kemarau panjang,
jiwa meruntun bagai dipalu,
meneguk rindu penawar tenang.

Satu tujuh dua tujuh,
pulang pulih sedia kala,
lurus berdiri badan berpeloh,
insaflah diri sedari mula,
binasalah diri mengenal SEDIA,
Awal tiada Akhirnya,
sedia tiada mula.....

Tidak sunngoh bagai dikata,
biar bersunggoh kata dikota,
tidak suggoh ikrar dan janji,
biar bersunggoh janji ditepati,
walau bersunggoh guroh berdentum,
tempayan ternganga menadah hujan,
biar patah tulang dan sayap,
keringat menitik bertongkat paroh.

Kalau tuan menanam inai,
tanam inai dengan akarnya,
kalau pulang siburong punai,
pulang dengan sangkar sangkarnya.

Tujuh gunong lautan
sembilan lautan alah intan,
umpan ku tabur dah makan,
ikan dah makan,
umpan dan intan telah ditabur
umpanlah jua yang dimakan ikan,
intan tenggelam di dasar lautan,
Jauhari jua mengenal intan....

Kau kekasih awal dan akhir,
kau kekasih batin dan zahir,
tanpa ku sedari kaulah yang abadi,
Rukun Islam lima perkara,
Asal jadi pancaindera,
kalau nak tahu dirinya kita,
marilah solat dalam syurga...

Selasa, 6 Julai 2010

Apakah islam itu hanya sekadar mengharamkan arak atau berpuasa dibulan ramadhan?

Saudara

Islam itu bermula dari mentauhidkan allah dan mempelajari syariatnya. Maka setelah mempelajari hukum hakamnya dan cara perlaksanannya maka hendaklah mereka mengerjakannya..namun begitu pada masa kini semakin ramai orang yang mempersoalkan hukum hakam yang ditentukan oleh allah kepada hambanya jika sekiranya ia bertentangan dengan pemikirannya. Apakah suatu hari nanti kewujudan allah juga akan dipertikaikan? Apakah suatu hari nanti isi al-quran hanya akan diterima jika sekiranya ia bertepatan dengan kehendak manusia? Hendaklah di ingat tuhan[allah] itu bukan makhluk akan tetapi kita ini adalah makhluk yang baharu.tuhan[allah] lah yang mempunyai segala sifat yang dikurniakan kepada hambanya[manusia] sebagai pinjaman agar dia[manusia] dapat melaksanakan tangungjawabnya sebagai hamba kepada penciptanya.

surah al a’raf ayat 172:

[172]
Dan (ingatlah wahai Muhammad) ketika Tuhanmu mengeluarkan zuriat anak-anak Adam (turun-temurun) dari (tulang) belakang mereka, dan Ia jadikan mereka saksi terhadap diri mereka sendiri, (sambil Ia bertanya dengan firmanNya): “Bukankah Aku tuhan kamu?” Mereka semua menjawab: “Benar (Engkaulah Tuhan kami), kami menjadi saksi”. Yang demikian supaya kamu tidak berkata pada hari kiamat kelak: “Sesungguhnya kami adalah lalai (tidak diberi peringatan) tentang (hakikat tauhid) ini”.

Bukanlah akal itu membimbing iman akan tetapi imanlah yang membimbing akal. Ramai dari antara kita yang gagal memisahkan suatu perkara itu tanpa mengunakan logic akal dalam merumuskan sesuatu perkara itu[idealogi] kerana kita sering sahaja terkeliru dengan hukum tuhan[allah] dengan kehendak kebebasan diri terhadap sesuatu serta perlaksanannya.apakah ini yang saudara mahu

Hwa Shi-Hsia says:

July 1, 2010 at 3:45 pm

@Syed Alwi: If Muslims want non-Muslims to stay out of Islamic business, then Muslims should stay out of non-Muslims’ business. For example, stop kacauing practising Hindus or Buddhists and insisting that they’re Muslims just because their father or mother was, and forcing them into rehabilitation centres, etc. Stop trying to con Orang Asli into repeating some words they don’t understand and then tell them, “that was the Syahadah, congrats, you’re now a Muslim.”

We live in a multi-religious society. If you want respect, give respect.

@Nadia Ali: But the cake is a lie! Just kidding…look up Portal if you don’t get the joke. http://en.wikipedia.org/wiki/Portal_(video_game)

@Lainie: While I agree with you, I find TNG’s practice of having staff reply to readers’ comments to be a bit unpleasant. It’s as if a newspaper sent its staff to kopitiams to scold readers who disagreed with them. Surely you’ve got enough of a like-minded reader base to rely upon to argue with contrarians.

Tentu[mungkin] dari segi hukum akal adalah tidak benar jika seorang budak itu beribu bapakan islam maka anaknya wajib islam kerana beragama adalah hak masing-masing yang tidak boleh dipersoal oleh sesiapa namun begitu dalam islam tuhan[allah] telah menyatakan dengan terang

SURAH AL-BAQARAH: AYAT 109

“Banyak dikalangan ahli kitab (yahudi dan nasrani) suka kalaulah kiranya mereka dapat mengembalikan kamu menjadi kafir setelah kamu beriman, kerana dengki yang timbul dari diri mereka kebenaran (nabi muhammad s.a.w). Oleh itu maafkanlah dan biarkanlah oleh kamu (akan mereka), sehingga allah datangkan perintah-nya sesungguhnya allah maha kuasa atas tiap-tiap sesuatu.

Tidaklah ada kuasa bagi manusia untuk menentukan apa yang patut dibuat dan apa yang tidak patut dibuat akan tetapi keimananya lah yang menjauhkan dirinya dari sesuatu yang bertentangan dari apa yang di syariatkan olehnya oleh tuhan[allah] dari apa yang dilarang olehnya kepada makhluk[hambanya] ciptanya.walaupun terdapat pelbagai undang-undang yang diciptakan oleh manusia kita sebagai orang islam masih lagi berpaksikan kepada keimanan kita pada larangan-larangan yang ditentukan oleh tuhan[allah] kita kepada kita.maka bersama-samalah kita bermuhasabah apakah kita ini “islam diluar juga islam didalam atau islam diluar kafir didalam”

Kata-kata hikmah seorang guru:

"Mata kapak yang dibuat daripada besi tidak boleh memotong kayu, tetapi kayu juga yang boleh memotong kayu kerana mata kapak tanpa kayunya tidak boleh memotong"


Salamun alaikum

Isnin, 10 Mei 2010

per hal lak ni de...

“Mereka ditimpakan kehinaan dimana sahaja mereka berada, kecuali adanya perhubungan dengan allah dan adanya hubungan dengan manusia”

Sabtu, 1 Mei 2010

RAHSIA YANG RAHSIA

baharu aku..begitu juga engkau baharu...kita sama-sama baharu...sama-sama berjanji...dahulu lagi...bilamana kita masih tidak boleh berkata-kata...bilamana dia wujud disuatu alam lagi...alam yang tiada siapa yang tahu kecuali yang tahu kerana diberi tahu...sini alam boleh dilihat di rasa dan disentuh maka kita hanya turut saja...menegakkan yang dahulu lafaz cinta setia tetap setia....aku bersaksi atas saksi kepada saksi benar-benar ada engkau tiada engkau macam engkau seperti engkau...kuat ada sebab diberi oleh tuan punya kuat...tiada kuat walaupun sebelanga makjun ditelan tiada kuat walau besi diangkat seribu tahun sekalipun. tiada hidup kerana hidup saja-saja tanpa diberi hidup.tahu dah tahu tapi tak tahu sebab tak ambil tahu nanti tahu sebab diberi tahu kan dulu lagi dah beri tahu taat kita pada tauke jangan lawan tauke nanti dipecat hilang nikmat yang diberi oleh tauke..nak protes tak boleh nikmat tauke bagi...kerja rajin dapat naik nikmat malas jauh lah dari nikmat tauke...apa-apa pun kilang takkan tutup tauke maha kaya....kerajaan pun dia punya....pembangkang tak kan buleh menang sebab semua dia punya tapi tidak sama dengan apa yang kita punya sebab dia tauke kita kuli.jalan dah ada tinggal ikut saja tapi bukan boleh ikut-ikut, jalan sama tapi destinasi tak sama, nanti orang berjalan dapat harta karun macam AHMAD ALBAB kita jalan dapat AHMAD KEBAB...orang boleh senang kita dapat kenyang...sekarang jalan berliku liku bersimpang-simpang dan tak rata namun ada juga jalan yang lurus redha tuan atas dia jalan itu...manual dah ada tinggal belajar faham dan buat....belajar pula biar dengan yang mahir benar mahir terbukti mahir...bukan buat-buat mahir......BERSAMBUNG

Ahad, 7 Mac 2010

Manusia dan redhanya tuhan

Setiap manusia yang dilahirkan beragama akan mencuba sebaik mungkin dalam mencari keredhan dari tuhannya….mereka sanggup berbuat apa saja demi redhanya tuhan mereka pada mereka….sebab merek tahu hanya dengan redhnya tuhan mereka atas mereka sahaja yang mampu menenagkan hati dan jiwa mereka……namun redhanya tuhan bukan suatu yang boleh dituntut tetapi kurniaannya semata…………Apakah tuhan itu boleh disuruh-suruh?

Namun begitu ada dari manusia yang mencari redhanya dunia….umpama dunia ini merupakan sesuatu yang kekal yang tiada penghujungnya….yang dicari hanya tiga iaitu harta..wanita..taktha…sedangkan mereka tahu cinta boleh di beli namun kebahagian tidak dapat dinilai, makanan boleh di beli namun selera bukan suatu yang boleh dibuat-buat….kuasa itu boleh kumpul namun hormat itu bukan boleh disuruh-suruh, semuanya kerana kurnia dari tuhan semata….
Haruslah di ingat setiap jalan pasti ada jalan kembali…tidur jalan kembalinya bangun/jaga…lapar jalan kembalinya makan/kenyang…hidup jalan kembalinya MATI

Isnin, 1 Mac 2010

CINTA

Demi cinta telah ramai terkorban
Demi cintanya telah banyak dikorbankan olehnya
Demi kecintaanya telah banyak yang ditinggalkan olehnya
Demi cinta akannya telah banyak yang digadaikan

Kerana cinta itu telah ramai yang terkorban
Kerana cinta itu telah ramai yang jadi mangsa
Kerana cinta itu telah ramai yang tersasar hatinya
Kerana cinta itu telah ramai yang tergadai maruahnya