CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Ahad, 30 Januari 2011

Dajjal VS al-Mahdi
Dari sudut bahasa, Dajjal ertinya pendusta agama atau penipu agama yang kerjanya menyesatkan manusia diatas jalan akidah agama dengan berbagai watak menurut masyarakat semasa dan setempat.

Menurut huraian Ulama' Rahimahumullah, Dajjal kecil telah lama muncul sejak dari lahirnya Nabi Muhammad SAW, bahkan telah wujud zahir pada zaman nabi-nabi dan rasul terdahulu (istilah lain dari bahasa Arab) dengan kehebatan tersendiri dari perkara-perkara aneh hingga mistik? dan telah berjaya menyebabkan huru-hara serta kerosakan dalam masyarakat.

Nabi Muhammad SAW adalah Nabi besar akhir zaman (Dajjal besar juga muncul pada akhir zaman), sesuai dengan Rasullullah SAW sebagai penghulu segala nabi. Ini bererti akhir zaman telah berusia 1431 tahun Hijrah + 52 tahun umur nabi ketika berlaku hijrah Mekah ke Madinah.

Allah Azza Wajalla telah berfirman di dalam Al-Quran akan keadaan kiamat dengan menyebut lebih dari 30 istilah kiamat yang antaranya ialah keadaan huru-hara. Kejadiannya pula seperti gunung-ganang berterbangan bagai debu, air laut berkocak menjulang tinggi menghempas daratan, langit seperti digulung, keluar asap hitam dari perut bumi, kubur-kubur terbongkar dan lain-lain lagi. Keadaan bencana alam yang berlaku seperti itu sekarang ini, telah pun ada pernah berlaku banyak kali sejak beribu tahun. Yang ini dinamakan kiamat kecil? Atau besar? Kiamat lebih besar pula akan terjadi dengan datang zahir nyata Dajjal besar. Para Ulama' Rahimahumullah As-Sunnah waljamaah bersepakat tidak menyenaraikan ketibaan Dajjal besar sebagai satu daripada tanda kiamat akhirat melainkan orang Syiah sahaja? Kiamat akhirat pasti terjadi sekonyong-konyong pada ketikanya dengan perintah Allah sedang tiada diberitahu kepada sesiapa melainkan sedikit . . . .
Siapakah Dajjal kecil dan siapa pula Dajjal besar.

VS

Dari sudut bahasa al-Mahdi (Imam Mahdi) ertinya orang yang mendapat petunjuk di jalan yang benar lagi lurus serta membawa kebenaran – pembimbing yang dibimbing – ada Quran didadanya berisi Furqan (meleraikan yang Haq dan yang Bathil) sedang tersembunyi didadanya ada Qurqan (isi rahsia – Sir – rahsia hati). Nabi-nabi dan rasul terdahulu juga digelar yang sama dengan istilah lain dari bahasa Arab, membawa Dzabur, Taurat, Injil dan ada juga Suhuf.
Semua makhluk mendapat petunjuk dari Allah jua.
Adalah kita manusia maka bicara ini tentang manusia jua.
1. Petunjuk tabi’in – semulajadi.
2. Petunjuk pancaindera – tahu.
3. Petunjuk aqli – akal fikiran.
4. Petunjuk ilmi – belajar berilmu.
5. Petunjuk lurus lagi benar – Sir – rahsia – Sirathal Mustaqim.

Maka pada akhir zaman orang yang mula digelar al-Mahdi ialah Nabi Muhammad SAW sendirinya. Sehinggalah baginda wafat kemudiaanya diwariskan oleh para sahabat di zaman khalifah dan terus bersambung warisnya sepanjang zaman oleh para sahabat yang juga digelar Pewaris Nabi.

Patah tumbuh hilang berganti.

Watak baginda Nabi SAW adalah bersesuaian dengan masyarakat semasa setempat yang kemudiannya disebut sebagai sunnah – diterima seluruh dunia Islam. Maka sunnah yang bererti perbuatan (amal/af’al) terdapat dua bahagian.
Sunnah umum seperti makanan, pakaian, tempat tinggal, keluarga, masyarakat, budaya dan sebagainya bersesuaian dengan masyarakat Arab ketika itu – yang kemudiannya dibaik pulih dengan akhlak Nabi lalu dinamakan cara hidup Islam.
Sunnah khusus pula adalah teknik dan taktik melaksanakan Rukun Islam yang 5 berteras 6 Rukun Iman seperti mana telah disyariatkan Allah dan dilaksanakan, ditunjuk ajar, digaris panduan oleh baginda Nabi sebagai syariat Islam yang diwarisi para sahabat.
Siapakah Pewaris Nabi – Imam al-Mahdi.

Setiap makhluk adalah berpasangan seperti lelaki/perempuan, siang/malam, hidup/mati, kahwin/cerai, kaya/miskin, Sir/Sihir, jin(iblis)/ma’laikat, Haq/Bathil dan bermacam lagi. Hanya satu yang tidak berpasangan, tiada bandingan ialah Allah – Tuhan Rabbul Jalil Fil ‘a lamin yang Esa. Satu ertinya kaya sahaja tidak ada miskin/kekurangan, kuat sahaja tiada lemah, hidup sahaja tiada mati, kasih sayang sahaja tiada zalim, betul (Haq) sahaja tiada salah (Bathil) dan lain-lain lagi berjumlah 99 yang disebut dalam Asma’ul Husna wa Sifat. Maha suci Allah dari sebarang anasir – ma’rifat Allah (mengenal) dengan zatNya sendiri jua.

* Dajjal kecil atau besar sama sahaja sifatnya – itulah tipu daya jelmaan iblis yang dizahirkan maanusia Islam. Diantara perangai buruknya seperti rakus, sombong meninggi diri, menggunakan agama untuk mencapai cita-citanya. Dia ada dimana-mana – persatuan masyarakat Islam, pertubuhan, perniagaan, politik, pihak berkuasa undang-undang dan dimana sahaja ada orang Islam. Harta, Tahkta, Wanita menjadi matlamat kemewahan, keindahan dunia untuk memikat hati manusia Islam supaya mempercayainya. Dajjal mencari kemuliaan atas jalan agama dengan menjual ayat Allah apabila berdakwah dan menfatwakan niat yang baik menghalalkan cara? Dajjal mengubah maksud Al-Quran mengikut kepentingan dirinya dan membuat tipu daya keatas orang Islam yang mengangkatnya sebagai pemimpin. Mengadu domba supaya bergaduh berselisih sesama maanusia kononnya diatas jalan agama. Mengisytiharkan perang syahid diatas jalan keganasan dengan membunuh menumpahkan darah. Menjual syurga Allah dan bermacam kredit bagi orang yang berjuang?

1. Dajjal kecil sewaktu tiada pengikut dan menjadi Dajjal besar apabila ramai yang menyokongnya dan menjadi pengikut.
2. Contohnya – seorang yang bertanding pilihanraya tidak akan menjadi orang besar seandainya tidak mendapat undi besar . . . .?
3. Sebahagian maanusia Islam menjadi pengikut Dajjal tanpa ilmu pengetahuan agama kerana jahil, sebahagiannya munafik, yang lain pula fasik, tidak kurang juga yang syirik. Ada juga menjadi part-time Dajjal . . .? (kecil) atau full-time Dajjal . . .? (besar).
4. Seandainya Dajjal hadir dengan wajah hodoh bermata satu lagi mengerikan pandangan mata tentulah maanusia akan lari darinya!!

* Pewaris Nabi (al-Mahdi) menggunakan harta, takhta, wanita hanya sebagai alat keperluan hidup didunia. Orang ini mendapat keperluannya mengikut garis panduan syariat Islam dan bersederhana. Kemudian menggunakan rezeki halal itu untuk berdakwah bermacam cara tanpa meminta upah seperti mana yang dilakukan oleh Nabi Muhammad SAW serta diwarisi para sahabat.

1. Perang (Jihad) yang diisytiharkan bermaksud memerangi hawa nafsu keinginan, membunuh idealogi kefahaman jahiliyah, tahyul dan kurafat serta bida’ah dengan cara bijaksana. Perang membunuh menumpahkan darah hanya berlaku dengan perintah Allah jua. Sentiasa rindukan kasih sayang, cintakan keamanan sejagat bermula dari dalam diri sendiri setiap maanusia umumnya dan khasnya orang Islam.
2. Dikalangan para nabi dan rasul terdahulu juga telah ada yang dibunuh oleh kaum/bangsa mereka sendiri. Sifat baginda Nabi adalah siddiq (benar), amanah (jujur), tabligh (sampai), fathanah (bijaksana).
3. Sifat sahabat pula adalah siddiqin (yang membenarkan), solihin (yang berakhlak baik), syuhada’ (yang berjuang). Penampilan ini digunakan oleh Dajjal sedangkan Pewaris Nabi sendiri tidak menonjolkannya.
4. Berbahagialah maanusia Islam yang menjadi pengikut pemimipin ini dengan kurnia rahmat, ni’mat Allah jua.
5. Tentu tidak ada sesiapa yang berani mengaku dirinya Dajjal – maka sudah tentu Pewaris Nabi juga tidak melakukannya. Jika ada yang membuat pengakuan sebagai Pewaris Nabi bermakna dia menempah neraka . . . . Itulah Dajjal (iblis) yang mengaku sebagai pengganti.

Telah lahir Ulama' yang jahat
Telah lahir ahli ibadat yang jahil
Jangan jadikan ibadat sebagai alat
Murnikan hatimu dalam beribadat sebagai kebajikan (sadaqah) bagi diri sendiri keluarga, kaum kerabat, jiran tetangga, masyarakat, bangsa dan Negara seterusnya seluruh dunia.


Wasiat
Anak Angkat Ustaz Hanafi

suatu catatan yang membuka minda semua orang untuk diperhatikan..[dipetik dari cekak pendusta:rijalulghaib.blogspot.com]